Bengkel Robotik Sempena RBTX Challenge 2018


1.0 Pengenalan

Bengkel Robotik ini dianjurkan untuk semua peserta yang telah membuat bayaran untuk pertandingan Petrosains RBTX. Pasukan yang mendaftar perlu membayar RM100.00 untuk penyertaan pertandingan Petrosains RBTX, kemudian mendaftar untuk bengkel robotik secara percuma sebelum 9 April 2018. Memandangkan di Sarawak, hanya SK Long Sepiling sahaja yang mendaftar untuk bengkel robotik, pihak penganjur telah bersetuju untuk menjalankan bengkel robotik di Hotel Meritz, Miri.

2.0 Peserta Bengkel
Peserta bengkel terdiri daripada guru dan murid. SK Long Sepiling menghantar 2 pasukan robotik ke pertandingan Petrosains RBTX.
Bil
NAMA
1.
Muhammad Saffuan Bin Jaffar (Guru Pengiring Pertandingan Kumpulan 1)
2.
Mohd. Syahmi Bin Azmi (Guru Pengiring Pertandingan Kumpulan 2)
3.
Mohamad Jazlan Bin Johari (Guru Penasihat Kelab Kreatif)
4.
Jafarin Bin Mohamad Majidi (Guru Besar)
5.
Qaiza Adam Luhat (Peserta kumpulan 1)
6.
Darryel Kelas Felicia Purai (Peserta kumpulan 1)
7.
Michael anak Nyamun (Peserta kumpulan 2)
8.
Qaize Asyraff Jacklyne (Peserta kumpulan 2)
9.
Dean Ryan Wan (Peserta Bengkel Robotik)

3.0 Maklumat Bengkel Robotik

Nama Bengkel: RBTX Challenge 2018 Workshop
Tarikh              : 23 & 24 April 2018
Lokasi             : Dewan Heliconia, Aras 7, Hotel Meritz, Miri.
Penceramah     : Encik Mohd. Kamal Kadri (Ketua Program Sekolah, Petrosains KLCC)
                        : Dr. Fauzan Khairi Che Harun (Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM, Johor)




4.0 Bengkel Robotik

Semua peserta bengkel bertolak dari SK Long Sepiling pada 22 April 2018, Ahad dan bermalam di Miri. Pada 23 April 2018, bengkel bermula pada jam 9.00 pagi. Murid diberikan pendedahan mengenai asas-asas dalam robotik, bagaimana robot boleh berfungsi, murid mempelajari dan mengenal komponen-kompenen robotik Tuah 1.0 yang direka khas oleh Dr. Fauzan.

Kemudian, murid dan menjalankan aktiviti hands-on dan berada di dalam kumpulan seperti yang didaftarkan dalam pertandingan. Murid belajar memasang komponen robot, kemudian belajar untuk menghidupkan komponen seperti speaker dengan, lampu LED, sensor ultrasonic dan sensor infrared. Programming yang digunakan dalam bengkel ini ialah mBlock dan Arduino. Murid mudah mempelajari programming yang menggunakan mBlock kerana mereka pernah menggunakan aplikasi Scratch 2.0 semasa aktiviti Kelab Kreatif.

Setelah mempelajari dan mengenal pin serta menghidupkan komponen robotik, murid diberikan peluang untuk belajar programming untuk ketiga-tiga jenis kategori pertandingan iaitu, Robo Tracer, Robo Maze dan Robo Sumo. SK Long Sepiling akan menyertai 2 kategori pertandingan iaitu Robo Tracer (murid kedua-dua kumpulan) dan Robo Sumo (disertai guru pembimbing sahaja). Pada 25 April, bengkel dilansungkan dengan memberikan fokus kepada pertandingan Robo Tracer.

Hasil daripada penyertaan SK Long Sepiling dalam pertandingan ini, murid dapat belajar tentang robotik dan menyangkal pandangan bahawa robotik itu susah. SK Long Sepiling juga mendapat sumbangan daripada orang ramai dan membolehkan pihak sekolah merealisasikan impian untuk membawa murid SK Long Sepiling ke pertandingan robotik. SK Long Sepiling akan menerima satu set Robot Sumo sumbangan individu. Pihak Petrosains juga berbesar hati untuk meminjamkan set robotik jika ada sekolah di Baram dan Miri berminat untuk mempelajari Robotik dan bengkel tersebut akan dikendalikan oleh guru SK Long Sepiling.

LAPORAN BERGAMBAR BENGKEL ROBOTIK RBTX CHALLENGE 2018







KOMEN

Name

Aktiviti luar sekolah,12,Aktiviti Sekolah,15,Kokurikulum,6,Kurikulum,3,Kursus,1,Lain-lain,1,
ltr
item
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG SEPILING: Bengkel Robotik Sempena RBTX Challenge 2018
Bengkel Robotik Sempena RBTX Challenge 2018
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGESMeYfcf6Lz2o3dAdTFPB4Xi-xXycwZxYmG1FPH76n7FLpE5HG33ykRW3JuhyphenhyphenHwbAEVFKMiDUk-1IqXPRIWw4K3nuVe4r5CdQ7gy28W-8181weWixhr-HXRRCdLU96_m1ZHT0s8SXds/s640/image.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGESMeYfcf6Lz2o3dAdTFPB4Xi-xXycwZxYmG1FPH76n7FLpE5HG33ykRW3JuhyphenhyphenHwbAEVFKMiDUk-1IqXPRIWw4K3nuVe4r5CdQ7gy28W-8181weWixhr-HXRRCdLU96_m1ZHT0s8SXds/s72-c/image.jpg
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG SEPILING
http://sklongsepiling.blogspot.com/2018/05/bengkel-robotik-sempena-rbtx-challenge.html
http://sklongsepiling.blogspot.com/
http://sklongsepiling.blogspot.com/
http://sklongsepiling.blogspot.com/2018/05/bengkel-robotik-sempena-rbtx-challenge.html
true
3508507301926173925
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE CARI ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy