Free Canteen

Laporan Projek Free Canteen SK Long Sepiling.

"Small School Big Dream" merupakan kata-kata semangat buat kami keluarga SK Long Sepiling.

Sekolah Kebangsaan Long Sepiling terletak di pinggir Sungai Tinjar, Baram, Sarawak. SKLS merupakan sebuah sekolah kategori Kurang murid SKM yang enrolmen murid pada tahun 2017 hanya 9 orang sahaja, dari tahun 1 hingga tahun 6. Murid-murid SKLS terdiri daripada bangsa Kayan dan Iban. Murid-murid SK Long Sepiling tinggal di Kampung Long Sepiling, manakala 3 orang murid berbangsa Iban tinggal di Kampung Nanga Seridan, kira-kira 10-15 minit dengan menaiki perahu.

Tenaga pengajar terdiri daripada 11 orang guru, 7 daripada semenanjung, 3 sarawak dan 1 daripada sabah. Sekolah ini diterajui oleh Encik Jafarin bin Mohamad Majidi. SKLS dibantu oleh seorang pembantu tadbir, 2 orang pekerja pembersihan swasta dan 2 orang pengawal keselamatan. Kami di sini tinggal seperti sebuah keluarga besar.

Sekolah ini berjaya mengharumkan nama Negeri Sarawak di pertandingan Kid Witness News anjuran Panasonic di National Contest Kuala Lumpur pada tahun 2016 dengan memenangi hadiah Grand Prize dan Best Story Telling. Pada tahun 2017 "small school" ini sekali lagi mengharumkan nama negara dengan memenangi hadiah Best Story Telling Kid Witness News di Panasonic Centre, Tokyo, Japan. Kejayaan ini berjaya membuka mata ramai pihak yang sekolah kecil di pedalaman seperti SKLS mampu melakarkan sejarah dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Pada 6 September 2017, Free Canteen telah berjaya dilaksanakan di SK Long Sepiling anjuran Syed Azmi selaku orang awam. Pada hari tersebut seluruh keluarga SKLS bersama-sama menikmati hidangan Nasi Lemak Istimewa   (Telur, Sambal Ikan Bilis, timun. Minuman Air Milo dan Teh) yang menjadi hidangan kegemari kami di SK Long Sepiling. Nasi Lemak tersebut dimasak dengan penuh kasih sayang oleh Puan Mary Ding, pekerja swasta yang memasak hidangan untuk anak-anak kami di SKLS setiap hari.

Free canteen yang dianjurkan memberikan murid mempunyai peluang untuk mendapatkan hidangan seimbang disamping warga sekolah dapat mengeratkan hubungan dengan makan bersama-sama. Keluarga SKLS mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur,  jarak bukanlah penghalang dan Free Canteen berjaya dilaksanakan.

Kami amat mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja yang ingin mengadakan aktiviti atau program amal di SKLS. Untuk tujuan itu, anda boleh hubungi 







Guru Besar (Encik Jafarin) +60109873028
SK Long Sepiling, 
D/A PPD Baram,

98050 Marudi, Sarawak

KOMEN

Name

Aktiviti luar sekolah,12,Aktiviti Sekolah,15,Kokurikulum,6,Kurikulum,3,Kursus,1,Lain-lain,1,
ltr
item
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG SEPILING: Free Canteen
Free Canteen
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitgJDRevxcrup09LqL_ZiUap9Xv3pSTJZI6JVMN5LckTYrwa7zbeaFp0MvXCU9bbiPwGxMIALhEQS6TPATXEu70EpFwETcgTegZpUGdSlwRifRShkbZoWHex5_yK_t1XtnkKWFT3ZjKHQ/s640/IMG_9161.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitgJDRevxcrup09LqL_ZiUap9Xv3pSTJZI6JVMN5LckTYrwa7zbeaFp0MvXCU9bbiPwGxMIALhEQS6TPATXEu70EpFwETcgTegZpUGdSlwRifRShkbZoWHex5_yK_t1XtnkKWFT3ZjKHQ/s72-c/IMG_9161.JPG
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG SEPILING
http://sklongsepiling.blogspot.com/2017/10/free-canteen.html
http://sklongsepiling.blogspot.com/
http://sklongsepiling.blogspot.com/
http://sklongsepiling.blogspot.com/2017/10/free-canteen.html
true
3508507301926173925
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE CARI ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy