Kelab Kreatif SK Long Sepiling


Kelab Kreatif SK Long Sepiling (SKLS) ditubuhkan pada tahun 2018 cetusan idea daripada Guru Besar SKLS, Encik Jafarin bin Mohamad Majidi selepas SKLS menerima Anugerah Khas Hour of Code 2017 di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Rentetan daripada peristiwa itu, kelab ini ditubuhkan untuk memberi peluang dan ruang kepada murid menceburi bidang Sains dan Teknologi melalui kegiatan kokurikulum. Pada tahun 2018, kelab ini terdiri daripada murid tahun 2 hingga tahun 6 dan mempunyai keahlian seramai 10 orang murid.

Kelab Kreatif SKLS ditubuhkan seiring dengan keperluan negara untuk melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran dalam bidang Sains dan Teknologi melalui integrasi STEM dalam kurikulum pendidikan sekolah di Malaysia. Selain itu dengan penubuhan Kelab Kreatif SKLS murid diberikan pendedahan awal, bermula dari peringkat pendidikan rendah mengenai kepentingan bidang Sains dan Teknologi. Ia juga bertujuan untuk merapatkan jurang dari aspek pengetahuan di antara murid di pedalaman dan di luar bandar.

Objetif utama penubuhan Kelab Kreatif SKLS ialah memupuk minat murid dalam bidang Sains dan Teknologi, murid belajar melalui pengalaman secara konstruktivisme iaitu guru memainkan peranan sebagai pembimbing dan murid membina pengetahuan mengenai robotik secara hands-on. Di samping itu, melalui penubuhan kelab ini, ia dapat mencungkil kreativiti murid, melalui aktiviti kesenian, sains dan teknologi.

Kelab ini diterajui oleh dua orang guru muda yang mempunyai bakat yang tersendiri. Cikgu Jazlan mempunyai kemahiran dalam suntingan grafik, photoshop dan komputer. Cikgu Saffuan pula mempunyai kemahiran dalam suntingan video, robotik dan seni manik. Berikut merupakan aktiviti yang telah dijalankan suku pertama 2018.

Aktiviti Mencipta Logo


Di samping bidang sains dan teknologi, anak-anak di SK Long Sepiling juga mempelajari seni membuat manik Orang Ulu. 

Hasil sulaman manik 

 3 Mentor dilatih untuk mempelajari Scratch 2.0

Aktiviti reka cipta kipas angin 

Pasukan RoboTracer SK Long Sepiling yang akan bertanding di Kuching pada 7&8 Julai 2018 




KOMEN

Name

Aktiviti luar sekolah,12,Aktiviti Sekolah,15,Kokurikulum,6,Kurikulum,3,Kursus,1,Lain-lain,1,
ltr
item
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG SEPILING: Kelab Kreatif SK Long Sepiling
Kelab Kreatif SK Long Sepiling
https://scontent.fkul2-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/30628904_802221689967674_876847429498857952_n.jpg?_nc_cat=0&oh=7f7e6574fa00e19dc322a5e77f11f175&oe=5B734B08
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfh-6oB2cV7avVOiXw-m2ujiSdYgeksAR1SkowwkcWqiXs_2KGUKrDgwiY1BB8g_Qg_DH8c6Vp8hFThCN_xN6bpLabvM3krB-lgdx6KImWVpnzmBC3uu-CrXSqWAIMWZusDbPtD_JUfEo/s72-c/IMG_1725.jpg
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG SEPILING
http://sklongsepiling.blogspot.com/2018/04/kelab-kreatif-sk-long-sepiling.html
http://sklongsepiling.blogspot.com/
http://sklongsepiling.blogspot.com/
http://sklongsepiling.blogspot.com/2018/04/kelab-kreatif-sk-long-sepiling.html
true
3508507301926173925
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE CARI ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy