Dari Sepiling Ke Tokyo (Kid Witness News Global Contest)

 Kid Witness News atau KWN merupakan pertandingan yang dijalankan di peringkat global. Program ini bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1989. Kemudian, pada tahun 2002 pertandingan ini diperluaskan lagi di Jepun, Eropah dan Asia. Pada tahun 2004, Anugerah Peringkat Antarabangsa diperkenalkan. Pertandingan ini telah bermula di Malaysia pada tahun 2005. Tahun 2017 sebanyak 24 sekolah rendah dan sekolah menengah menyertai pertandingan KWN di Malaysia. Pertandingan ini memerlukan pelajar yang dibimbing oleh guru menghasilkan video pendek berdurasi 5 minit dengan tema pilihan, komunikasi, sukan dan alam sekitar.

Pada tahun 2017, lebih kurang 5,000 orang kanak-kanak daripada 343 buah sekolah di 18 negara telah menyertai program KWN di peringkat global. Negara-negara yang mengambil bahagian ialah Kanada, Amerika Syarikat, Republik Czech, German, Slovakia, Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam, China, Hong Kong, Jepun dan Tanzania.

Pakar produksi, wartawan, pendidik dan pegawai Panasonic telah dipilih untuk menjadi juri profesional bagi pertandingan peringkat global. Antaranya Takayuki Aikawa (Pegawai Panasonic), Blu Steven (Produksi Rancangan dari New Zealand), Guido Weihermuller (Pengarah Filem dari German), Lucksana Klaikao (Prof. Madya daripada Universiti Rangsit, Thailand), Sheril Antonio (Profesor Jabatan Seni Politik daripada Universiti New York) dan Yuichi Ito (Profesor Animasi Universiti Tokyo). Selain daripada itu terdapat juri jemputan iaitu Philippe Furrer (International Olympic Committee IOC), Duan Kale (International Paralympic Committee, IPC), Mark Wallace dan Wendy Mclynroy masing-masing daripada Olympic Broadcasting Service (OBS).

Untuk pertandingan peringkat Global SK Long Sepiling telah memenangi hadiah kategori Jalan Cerita Terbaik. Juara keseluruhan adalah peserta daripada China. Tahniah ucapkan!







KOMEN

Name

Aktiviti luar sekolah,12,Aktiviti Sekolah,15,Kokurikulum,6,Kurikulum,3,Kursus,1,Lain-lain,1,
ltr
item
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG SEPILING: Dari Sepiling Ke Tokyo (Kid Witness News Global Contest)
Dari Sepiling Ke Tokyo (Kid Witness News Global Contest)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiscYSIG-e5otEn4dbhBO0ZHiVV1wW3EleKqgjXdDuJHyajZHcGJJjdqD20oSopbQsSnBZMuOQBj3Mu35DH6bNvHU9hJ68HfhyYyrf9qHqvLRc7G8hyBSOkwNyE_Loq2l1xv62MvCaGr74/s640/Utusan+Borneo+copy.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiscYSIG-e5otEn4dbhBO0ZHiVV1wW3EleKqgjXdDuJHyajZHcGJJjdqD20oSopbQsSnBZMuOQBj3Mu35DH6bNvHU9hJ68HfhyYyrf9qHqvLRc7G8hyBSOkwNyE_Loq2l1xv62MvCaGr74/s72-c/Utusan+Borneo+copy.png
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG SEPILING
http://sklongsepiling.blogspot.com/2017/10/dari-sepiling-ke-tokyo-kid-witness-news.html
http://sklongsepiling.blogspot.com/
http://sklongsepiling.blogspot.com/
http://sklongsepiling.blogspot.com/2017/10/dari-sepiling-ke-tokyo-kid-witness-news.html
true
3508507301926173925
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE CARI ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy