SK Long Sepiling Mewakili Malaysia dalam Pertandingan KWN 2017

Pada 20 Oktober 2016 Sekolah Kebangsaan Long Sepiling telah menerima jemputan untuk ke Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Panasonic Kid Witness News dan Eco Picture Diary Peringkat Kebangsaan di Cititel Hotel Midvalley Kuala Lumpur pada 10 dan 11 November 2016. Kesemua pasukan KWN yang terdiri dari Anilov, Fiona, Juwita, Adam dan Cikgu Saffuan menghadiri majlis tersebut.

9 November 2016

Jam 12 tengah hari murid-murid bersama guru pengiring bertolak ke Lapangan Terbang Miri dan perjalanan mengambil masa selama 2 jam. Seterusnya perjalanan diteruskan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan pasukan KWN selamat tiba di KLIA pada jam 6.35 petang. Kira-kira jam 7.45 malam pasukan KWN tiba di Hotel Cititel Midvalley Kuala Lumpur. Penginapan pada hari pertama ditaja oleh Panasonic Malaysia Sdn. Bhd.

10 November 2016

Pendaftaran bermula jam 11.00 pagi, murid dan guru mendaftar, mendapatkan kupon makanan tengah hari dan guru pengiring mengemukakan tuntutan perjalanan. Jam 12.00 tengah hari pasukan KWN makan tengah hari dan melakukan persiapan diri untuk majlis pada jam 2.30 petang. Jam 2.30 petang semua peserta pertandingan yang terdiri dari pelajar sekolah daripada Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Pahang dan Kuala Lumpur mengambil tepat duduk masing-masing.

Selepas ucapan tetamu undangan khas, acara diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah. Sekolah Kebangsaan Long Sepiling merangkul hadiah kategori Skrip Terbaik dan Pemenang Keseluruhan seterusnya melayakkan sekolah untuk mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa. Selain itu SMK Batu Lintang, Kuching, Sarawak turut bersama-sama Sekolah Kebangsaan Long Sepiling untuk ke peringkat antarabangsa.

SK Long Sepiling akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa untuk kategori Primary School manakala SMK Batu Lintang untuk kategori Secondary School



Jam 7.45 malam berlansung majlis makan malam bersama-sama pemenang pertandingan Kid Witness News dan Eco Picture Diary. Pihak Panasonic mengucapkan ribuan terima kasih atas penyertaan dan berharap banyak lagi sekolah yang akan turut serta dalam pertandingan pada tahun berikutnya. Pada malam itu semua pemenang turut disajikan dengan persembahan dan penerangan tentang program Eco Picture Diary dan program-program tajaan Panasonic.

Pada malam tersebut pasukan KWN Sekolah Kebangsaan Long Sepiling bertemu dengan juri-juri yang terdiri dari Encik Hamid (Penulis Skrip), Encik Hashim (Juru Kamera) dan Encik Hafsham (Pengarah Filem) bagi tujuan meningkatkan mutu video yang dihasilkan untuk ke pertandingan peringkat antarabangsa. Antara kriteria yang perlu diperbaiki adalah sari kata dan olahan untuk introduksi video. Tarikh akhir penyerahan suntingan video sebelum 2 Januari 2017.

Selain itu pasukan KWN Sekolah Kebangsaan Long Sepiling dan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lintang diberi penerangan oleh Encik Mazlee selaku Panasonic Senior Executive Corporate Communication and Branding tentang program yang akan disertai oleh kedua-dua pasukan di Jepun pada tahun 2017. Kedua-dua pasukan diminta untuk mencalonkan 1 orang guru dan 2 orang murid yang terlibat dalam pertandingan KWN untuk ke Jepun. Kedua-dua pasukan diminta untuk menyediakan cenderamata dan menghasilkan video durasi 5 minit tentang Malaysia bagi tujuan program di Jepun pada tahun hadapan.

11 November 2016

Pada waktu pagi, murid-murid bersarapan dan beramah mesra dengan peserta-peserta daripada negeri lain sebelum balik ke destinasi masing-masing. Murid-murid juga berpeluang untuk melawat ke Aquaria KLCC dan Roboticist di Bangsar Village 2. Jam 9.05 malam pasukan KWN sekolah bertolak pulang ke Sarawak dan selamat tiba di Lapangan Terbang Miri pada jam 11.35 malam. Murid-murid dan guru bermalam di Nextroom Homestay sebelum bertolak ke sekolah pada 12 November 2016.

12 November 2016

Pada jam 1.00 petang pasukan KWN bertolak pulang ke Sekolah dan selamat tiba di sekolah kira-kira jam 4.00 petang.


KOMEN

BLOGGER: 1
Loading...
Name

Aktiviti luar sekolah,12,Aktiviti Sekolah,15,Kokurikulum,6,Kurikulum,3,Kursus,1,Lain-lain,1,
ltr
item
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG SEPILING: SK Long Sepiling Mewakili Malaysia dalam Pertandingan KWN 2017
SK Long Sepiling Mewakili Malaysia dalam Pertandingan KWN 2017
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQrINJ9Nt75eYgDcmdEn_2WkKLPfjJceQrmGmNtJLxybPnaN-f-bYNYjD2pK_iQFPNtznRNJgnMNkhqy4f5AJwgObaAotaU9oYvwIlu5J8vIHErh0Bpglz9eVpNmxoxQkwzFlgOMA3uh0/s640/fullsizeoutput_126e.jpeg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQrINJ9Nt75eYgDcmdEn_2WkKLPfjJceQrmGmNtJLxybPnaN-f-bYNYjD2pK_iQFPNtznRNJgnMNkhqy4f5AJwgObaAotaU9oYvwIlu5J8vIHErh0Bpglz9eVpNmxoxQkwzFlgOMA3uh0/s72-c/fullsizeoutput_126e.jpeg
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG SEPILING
http://sklongsepiling.blogspot.com/2016/12/sk-long-sepiling-mewakili-malaysia.html
http://sklongsepiling.blogspot.com/
http://sklongsepiling.blogspot.com/
http://sklongsepiling.blogspot.com/2016/12/sk-long-sepiling-mewakili-malaysia.html
true
3508507301926173925
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE CARI ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy