Alhamdulillah, Project Syed's Friends With Anilov baru sahaja berlansung dari 17 hingga 19 Februari 2016 . Projek ini merupakan rentetan dari penyertaan adik Anilov Fabien Tinggang dalam Pencarian TokohYoung Change Maker. Syed Azmi dan rakan-rakan telah datang sendiri ke SK Long Sepiling dengan membawa pelbagai bentuk bantuan dari orang perseorangan seperti pakaian sekolah, baju sukan, kasut sekolah, alat tulis, set permainan lego dan set Robotik.
Sepanjang tempoh 3 hari Syed Azmi bersama rakan-rakan berada di SK Long Sepiling perlbagai aktiviti dijalankan dengan tujuan mereka berkongsi sesuatu ilmu dengan murid dan penduduk kampung Long Sepiling dan sebaliknya. Syed Azmi bersama 6 lagi orang rakannya yang terdiri dari pelbagai latar belakang. Kesunggguhan mereka untuk ke SK Long Sepiling membuatkan pihak sekolah, ibu bapa, penduduk kampung sangat terharu.
Pelbagai aktiviti yang dirancang oleh Syed dan Rakan-rakan serta Pihak Sekolah dan Penduduk Kampung antaranya.
1. Melawat ke Kampung Long Sepiling
2. Wayang Kulit
3. Tie Dye T-Shirt bersama murid-murid
4. Aktiviti bermain set lego
5. Kelas Robotik
6. Kelas Memasak Masakan Tradisional Orang Kayan dan Churros oleh T
7. Ceramah Hargai Alam Sekitar oleh Uncle Shah bekas Presiden MNS
8. Penyampaian Sumbangan Pakaian Sekolah
9. Malam Kebudayaan
10. Sukaneka
11. Mencantikkan Pusat Sumber SK Long Sepiling
Kami warga S.K Long Sepiling mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Syed dan Rakan-rakan datang ke sekolah kami.
KOMEN