1.0 Pengenalan
Bengkel
Robotik ini dianjurkan untuk semua peserta yang telah membuat bayaran untuk
pertandingan Petrosains RBTX. Pasukan yang mendaftar perlu membayar RM100.00
untuk penyertaan pertandingan Petrosains RBTX, kemudian mendaftar untuk bengkel
robotik secara percuma sebelum 9 April 2018. Memandangkan di Sarawak, hanya SK
Long Sepiling sahaja yang mendaftar untuk bengkel robotik, pihak penganjur
telah bersetuju untuk menjalankan bengkel robotik di Hotel Meritz, Miri.
2.0 Peserta Bengkel
Peserta
bengkel terdiri daripada guru dan murid. SK Long Sepiling menghantar 2 pasukan
robotik ke pertandingan Petrosains RBTX.
Bil
|
NAMA
|
1.
|
Muhammad
Saffuan Bin Jaffar (Guru Pengiring Pertandingan Kumpulan 1)
|
2.
|
Mohd.
Syahmi Bin Azmi (Guru Pengiring Pertandingan Kumpulan 2)
|
3.
|
Mohamad
Jazlan Bin Johari (Guru Penasihat Kelab Kreatif)
|
4.
|
Jafarin
Bin Mohamad Majidi (Guru Besar)
|
5.
|
Qaiza
Adam Luhat (Peserta kumpulan 1)
|
6.
|
Darryel
Kelas Felicia Purai (Peserta kumpulan 1)
|
7.
|
Michael
anak Nyamun (Peserta kumpulan 2)
|
8.
|
Qaize
Asyraff Jacklyne (Peserta kumpulan 2)
|
9.
|
Dean
Ryan Wan (Peserta Bengkel Robotik)
|
3.0 Maklumat Bengkel Robotik
Nama
Bengkel: RBTX Challenge 2018 Workshop
Tarikh
: 23 & 24 April 2018
Lokasi
: Dewan Heliconia, Aras 7,
Hotel Meritz, Miri.
Penceramah : Encik Mohd. Kamal Kadri (Ketua Program
Sekolah, Petrosains KLCC)
: Dr. Fauzan Khairi Che
Harun (Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM, Johor)
4.0 Bengkel Robotik
Semua
peserta bengkel bertolak dari SK Long Sepiling pada 22 April 2018, Ahad dan
bermalam di Miri. Pada 23 April 2018, bengkel bermula pada jam 9.00 pagi. Murid
diberikan pendedahan mengenai asas-asas dalam robotik, bagaimana robot boleh
berfungsi, murid mempelajari dan mengenal komponen-kompenen robotik Tuah 1.0
yang direka khas oleh Dr. Fauzan.
Kemudian,
murid dan menjalankan aktiviti hands-on dan berada di dalam kumpulan seperti
yang didaftarkan dalam pertandingan. Murid belajar memasang komponen robot,
kemudian belajar untuk menghidupkan komponen seperti speaker dengan, lampu LED,
sensor ultrasonic dan sensor infrared. Programming
yang digunakan dalam bengkel ini ialah mBlock dan Arduino. Murid mudah
mempelajari programming yang menggunakan mBlock kerana mereka pernah
menggunakan aplikasi Scratch 2.0 semasa aktiviti Kelab Kreatif.
Setelah
mempelajari dan mengenal pin serta menghidupkan komponen robotik, murid
diberikan peluang untuk belajar programming
untuk ketiga-tiga jenis kategori pertandingan iaitu, Robo Tracer, Robo Maze
dan Robo Sumo. SK Long Sepiling akan menyertai 2 kategori pertandingan iaitu
Robo Tracer (murid kedua-dua kumpulan) dan Robo Sumo (disertai guru pembimbing
sahaja). Pada 25 April, bengkel dilansungkan dengan memberikan fokus kepada
pertandingan Robo Tracer.
Hasil
daripada penyertaan SK Long Sepiling dalam pertandingan ini, murid dapat
belajar tentang robotik dan menyangkal pandangan bahawa robotik itu susah. SK
Long Sepiling juga mendapat sumbangan daripada orang ramai dan membolehkan
pihak sekolah merealisasikan impian untuk membawa murid SK Long Sepiling ke
pertandingan robotik. SK Long Sepiling akan menerima satu set Robot Sumo sumbangan
individu. Pihak Petrosains juga berbesar hati untuk meminjamkan set robotik
jika ada sekolah di Baram dan Miri berminat untuk mempelajari Robotik dan
bengkel tersebut akan dikendalikan oleh guru SK Long Sepiling.
LAPORAN
BERGAMBAR BENGKEL ROBOTIK RBTX CHALLENGE 2018
KOMEN