Penguasaan sifir amat penting bagi setiap murid
untuk menguasai mata pelajaran Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam
kehidupan seharian. Penguasaan Sifir dalam kalangan murid Sekolah Kebangsaan
Long Sepiling masih lagi kurang memberansangkan. Oleh sebab itu Pantia
Matematik mengambil langkah untuk menjalankan Program Pintar Sifir.
Program ini akan bermula pada 5 Februari hingga 5 Oktober 2018. Murid-murid dari tahun
2 hingga tahun 6 akan diberikan Kad Pintar Sifir. Seterusnya murid perlu
menghafal dan membaca sifir bagi mendapatkan tanda tangan dari guru-guru
Sekolah Kebangsaan Long Sepiling. Murid diwajibkan melengkapkan ruangan
tandatangan pada “Kad Pintar Sifir”.
Pada minggu akhir program satu pertandingan akan diadakan bagi menguji tahap kecekapan murid menghafal sifir. Selain itu usaha murid dapat dilihat apabila mereka dapat mengumpul banyak Kad Sifir yang dipenuhi dengan tandatangan. Bagi murid yang melepasi tahap kecekapan mereka akan diberikan Sijil Pintar Sifir dan Lencana Pintar Sifir sebagai pengiktirafan serta memotivasikan murid lain.
KOMEN