
Kelab Kreatif SK Long Sepiling (SKLS) ditubuhkan pada tahun 2018 cetusan idea daripada
Guru Besar SKLS, Encik Jafarin bin Mohamad Majidi selepas SKLS menerima Anugerah Khas
Hour of Code 2017 di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Rentetan
daripada peristiwa itu, kelab ini ditubuhkan untuk memberi peluang dan ruang kepada murid
menceburi bidang Sains dan Teknologi melalui kegiatan kokurikulum. Pada tahun 2018, kelab
ini terdiri daripada murid tahun 2 hingga tahun 6 dan mempunyai keahlian seramai 10 orang
murid.
Kelab Kreatif SKLS ditubuhkan seiring dengan keperluan negara untuk melahirkan modal insan
yang mempunyai kemahiran dalam bidang Sains dan Teknologi melalui integrasi STEM dalam
kurikulum pendidikan sekolah di Malaysia. Selain itu dengan penubuhan Kelab Kreatif SKLS
murid diberikan pendedahan awal, bermula dari peringkat pendidikan rendah mengenai
kepentingan bidang Sains dan Teknologi. Ia juga bertujuan untuk merapatkan jurang dari aspek
pengetahuan di antara murid di pedalaman dan di luar bandar.
Objetif utama penubuhan Kelab Kreatif SKLS ialah memupuk minat murid dalam bidang Sains
dan Teknologi, murid belajar melalui pengalaman secara konstruktivisme iaitu guru memainkan
peranan sebagai pembimbing dan murid membina pengetahuan mengenai robotik secara
hands-on. Di samping itu, melalui penubuhan kelab ini, ia dapat mencungkil kreativiti murid, melalui aktiviti kesenian, sains dan teknologi.
Kelab ini diterajui oleh dua orang guru muda yang mempunyai bakat yang tersendiri. Cikgu Jazlan mempunyai kemahiran dalam suntingan grafik, photoshop dan komputer. Cikgu Saffuan pula mempunyai kemahiran dalam suntingan video, robotik dan seni manik. Berikut merupakan aktiviti yang telah dijalankan suku pertama 2018.
Kelab ini diterajui oleh dua orang guru muda yang mempunyai bakat yang tersendiri. Cikgu Jazlan mempunyai kemahiran dalam suntingan grafik, photoshop dan komputer. Cikgu Saffuan pula mempunyai kemahiran dalam suntingan video, robotik dan seni manik. Berikut merupakan aktiviti yang telah dijalankan suku pertama 2018.
Aktiviti Mencipta Logo
Di samping bidang sains dan teknologi, anak-anak di SK Long Sepiling juga mempelajari seni membuat manik Orang Ulu.
Hasil sulaman manik
3 Mentor dilatih untuk mempelajari Scratch 2.0
Aktiviti reka cipta kipas angin
Pasukan RoboTracer SK Long Sepiling yang akan bertanding di Kuching pada 7&8 Julai 2018
KOMEN