Untuk memelihara dan melindungi sungai dan persekitarannya daripada terus merosot, adalah menjadi satu keperluan untuk menimbulkan kesedaran dalam masyarakat mengenai kepentingan sungai dan peranan yang dimainkannya. Bagi mencapai tujuan ini, Sekolah Kebangsaan Long Sepiling dengan kerjasama Lembaga Sungai Sarawak (LSS) ingin mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen “Satu Ekspress Satu Tong Sampah” bagi mengurangkan pembuangan sampah oleh pengguna ekspress.
OBJEKTIF
Sungai memainkan peranan penting bagi sesuatu kawasan tadahan malah menjadi nadi kehidupan kerana air adalah keperluan kehidupan yang utama. Di samping itu, sungai juga berpotensi sebagai kawasan rekreasi dan pelancongan. Pembangunan pesat yang berlaku masa sekarang telah menimbulkan masalah kepada penduduk seperti banjir, kekurangan sumber air dan yang lebih teruk lagi ialah kemusnahan kepada alam sekitar iaitu flora dan fauna. Oleh itu, satu pelan pengurusan sungai yang komprehensif diperlukan bagi menjaga kebersihan sungai. Selain daripada itu kempen ini juga dapat :
- Mewujudkan kesedaran tentang pentingnya sungai dalam kehidupan setiap individu bag imenimbulkan keinginan untuk sama-sama memelihara dan mencintai sungai.
- Memperkenalkan kepada orang awam langkah dan amalan yang boleh menyumbangkan ke arah pengekalan keindahan semulajadi sungai.
- Mempertingkatkan pengetahuan dan teknik pengurusan sungai di kalangan agensi yang terlibat bagi menjamin pembangunan harmonis yang berkekalan.
Program yang dijalankan akan dapat menyedarkan masyarakat yang selama ini tidak begitu mementingkan penjagaan alam sekitar terutamanya sungai. Dengan berjalannya program ini, maka masyarakat akan dapat menilai pentingnya sumber air khususnya sungai bagi kehidupan mereka.
KOMEN