Walaupun Sekolah Kebangsaan Long Sepiling (SKLS)dikategorikan sebagai SKM dan terletak jauh di pedalaman, semua warganya sangat komited membuka peluang kepada murid untuk menyertai aktiviti kokurikulum secara aktif. Dengan harapan setiap murid akan meninggalkan legasi mereka tersendiri setelah meninggalkan sekolah nanti.
Pada bulan April yang lepas pasukan SKLS yang terdiri daripada murid-murid tahap 2 seramai 4 orang telah menghantar 2 Stroy Board untuk menyertai pertandingan Kid Witness News tajaan Panasonic. Story Board tersebut ialah
1) The Power of Hand
2) Dont Hurt Me
Story Board The Power of Hand telah berjaya menambat hati juri dan pasukan SKLS terpilih untuk menyertai training camp yang akan diadakan di Nilai Spring Resort pada 10 - 12 Ogos 2016. 2 Orang murid dan seorang guru pengiring akan mengikuti training tersebut, semua perbelanjaan termasuk hotel dan tiket kapal terbang ditanggung sepenuhnya oleh pihak penaja. Sungguh bertuah 2 orang anak murid kami iaitu Fiona Fredick dan Juwita ak Ulean kerana terpilih untuk menyertai training camp tersebut, dapat naik belon.
KWN merupakan pertandingan yang dijalankan di beberapa buah negara antaranya Indonesia, Thailand, Vietnam, Hong Kong, Jepun, Amerika Syarikat dan beberapa buah negara di Eropah. Semasa di traininG camp, pasukan sekolah akan dipnjamkan sebuah kamera High Definition semi-pro broadcasting, serta perisian untuk mengedit video. Pasukan perlu menghantar 1 cerita pendek dengan durasi 5 minit, jika cerita pendek tersebut menang pasukan yang bertuah akan mewakili Malaysia ke Global Contest.
KOMEN