Kehangatan Aidilfitri masih lagi terasa dan semua warga SKLS ingin berkongsi kemeriahan Aidilfitri bersama. Sudah menjadi tradisi setiap tahun SKLS akan mengadakan Jamuan Ramah Tamah Aidilfitri untuk mengeratkan lagi hubungan di antara warga sekolah dan ibu bapa.
Ucapan aluan oleh Guru Besar
Warga Long Sepiling dan Nanga Seridan masing-masing tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera. Semuanya juadah istimewa yang disediakan guru-guru SK Long Sepiling. Antara hidangan yang disediakan lemang, rendang ayam, ketupat nasi, kuah kacang dan lontong.
Anak-anak didik SK Long Sepiling turut merasai kemeriahan suasana Aidilfitri
Mak Cik... Nak Raya...
Anak-anak didik kami di Long Sepiling pun dapat duit raya
Sesi bergambar selepas jamuan.
KOMEN